Program Pemantapan SARANA Ibu Bapa dan SARANA Sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 24.2.2013 sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah.
Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu Bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.
Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.
Untuk makluman lanjut sila ke laman di bawah :
Sila klik link di bawah untuk paparan penuh Buku Sarana Ibu Bapa
atau
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
Sila klik link di bawah untuk paparan penuh Buku Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
PENYERAHAN BUKU SARANA IBU BAPA
No comments:
Post a Comment