Thursday, 1 November 2012

Ikrar Perkhidmatan Awam Malaysia

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, membuat ikrar di sini, bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan kerajaan Malaysia, kami patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas-tugas ke arah ini, kami:

1.Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab
3. Berusaha  mengikis sikap mementingkan diri
4. Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan
5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran dan pembangunan negara
6.. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
7. Berpegang teguh kepada ajaran agama

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia

Kami, 
pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:

Pertama: Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;

Kedua: Menutup ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;

Ketiga: Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang peratuan dan etika jabatan;

Keempat: Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah

Kelima: Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba  menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan

Keenam: Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang beteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas

Teras Perkhidmatan Awam Malaysia

1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab
3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
4. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
6. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
7. Berpegang teguh kepada ajaran agama

Nilai-nilai Utama Perkhidmatan Awam

1. Taat Setia
2. Bertanggungjawab
3. Adil dan saksama
4. Ketepatan Masa
5. Akauntabiliti
6. Kepimpinan Berkesan
7. Kreatif dan Inovatif
8. Pengurusan Diri Cemerlang
9. Amanah, Bersih, dan Jujur
10. Berkecuali
11. Profesionalisme
12. Berprestasi Cemerlang
13. Kejujuran Intelektual
14. Bekerjasama
15. Mengutamakan Pelanggan
16. Berusaha Memajukan Diri

Prinsip Utama Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia

1. Memanifestasikan Keyakinan dan Keimanan
2. Berasaskan Keimanan
3. Ikhlas
4. Adil
5. Menepati Larangan dan Suruhan
6. Ukuran Kecemerlangan
7. Mesyuarat dan Muafakat
8. Memelihara Prinsip Kesepaduan
9. Menghayati Martabat Pekerja
10. Memelihara Martabat Pekerja

Nilai Murni Teras Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia

Tonggak Dua Belas (12)

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Mengamalkan Sikap Baik Hati
7. Memberi Teladan Baik
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan
10. Kesabaran
11. Bakat Digilap
12. Seronok Mencipta Yang Baru 
 

No comments:

Post a Comment